Intra - nutrien botani yang diperlukan dalam diet anda pada hari ini




Secara tabii, planet bumi membekalkan kesemuanya yang diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk kehidupan yang sihat dan bertenaga. Walaubagaimanapun, dengan berlalunya masa, gaya hidup kita yang semakin bergerak pantas dan amalan pertanian moden telah menjadikannya semakin sukar untuk menggabungkan semua tanaman terbaik yang ditawarkan oleh dunia kita, yang mana mampu menggugat keseimbangan kita dan menyebabkan kita berasa tidak sempurna. Tetapi tidak lagi. Ramuan botani Intra yang diyakini dan telah diuji oleh masa memberi anda fitonutrien (nutrien berasaskan tumbuhan) dan antioksidan yang tidak wujud dalam diet anda, dan membekalkan tubuh badan anda dengan keseimbangan yang diperlukannya untuk mencapai kesihatan dan kesejahteraan. Sebagai makanan tambahan semula jadi, formula tepat 23 jenis ekstrak botani Intra bekerja lebih baik bersama-sama untuk membantu mengimbangkan dan memperkuatkan lapan sistem biologi dalam tubuh badan anda, menyebabkan anda berasa lebih sihat, lebih gembira, dan lebih bertenaga!

Adakah anda memperoleh nutrien-nutrien botani yang diperlukan dalam diet anda pada hari ini?

Ramuan botani mengandungi banyak jenis nutrien yang selalunya tidak terdapat dalam makanan-makanan lain yang kita makan pada hari ini. Walaupun nenek moyang kita mengambil ramuan botani sebagai sebahagian daripada pemakanan biasa mereka, jarang sekali kita mendapati diri kita contohnya mengunyah kulit kayu, atau memakan kelopak bunga, kecuali sekali-sekala sebagai bahan “hiasan” sesetengah jenis salad. Namun begitu, fitonutrien dan antioksidan yang terdapat dalam ramuan botani adalah unik dan amat berharga bagi kesihatan kita, terutamanya dalam era yang mana tekanan, ketidakaktifan, pencemaran, dan ketidakseimbangan lain adalah sebahagian yang ketara dalam kehidupan moden seseorang individu. Intra adalah pemakanan tambahan botani semula jadi yang membekalkan semua kebaikan yang pernah dinikmati oleh nenek moyang anda dalam pemakanan mereka, kepada tubuh badan anda. Anggaplah ia sebagai ramuan terbaik daripada Alam Semula Jadi yang sedang membantu memperbetulkan ketidakseimbangan yang disebabkan oleh gaya hidup yang amat sibuk pada hari ini.

Pencernaan & Tenaga
Ramuan botani dalam Intra membantu anda mencerna makanan dengan lebih baik, agar tubuh badan anda mampu menggunakan nutrien dengan lebih berkesan untuk membina dan menyuburkan sel sambil membekalkan tenaga yang anda perlukan untuk menjalani kehidupan yang lebih bertenaga.

Ramuan botani utama: Gel Aloe vera, Akar ginseng Siberia, Akar manis Likuoris, Beras barli Cina, Akar Cikori, Akar Dandelion, Kamomil Jerman, Alfalfa, Biji Halba, Debunga lebah, Halia

Ramuan botani sekunder: Rose hip Cina, Beri Juniper

Penyingkiran / Antioksidan
Ramuan dalam Intra membantu menyingkirkan, daripada tubuh badan anda, bahan buangan yang terhasil daripada proses pencernaan dan melalui metabolisme normal. Ia membantu tubuh badan anda menyingkirkan lebih banyak lagi toksin yang telah memasuki badan melalui makanan, minuman dan persekitaran kita, sambil meneutralkan radikal bebas dengan antioksidan.

Ramuan botani utama: Gel Aloe vera, Beras barli Cina, Beri Schisandra, Akar Cikori, Akar Dandelion, Kulit kayu Kaskara, Beri Juniper, Biji saderi

Ramuan botani sekunder: Akar Astragalus, Rose hip Cina, Sarsaparila

Struktur (Rangka Otot)
Ramuan dalam Intra membantu mengekalkan kesihatan tulang, otot, sendi, dan tisu perantara anda; melindungi organ sensitif dalam badan anda, membolehkan anda berdiri tegak dan bergerak bebas.

Ramuan botani utama: Halia, Sarsaparila, Kapsikum

Ramuan botani sekunder: tiada

Hormon (Endokrin)
Ramuan dalam Intra memiliki keupayaan untuk memodulasi fungsi kelenjar yang merembes bahan-bahan kimia, yang akhirnya mengawal dan membantu mengimbangkan setiap sistem dalam tubuh badan kita.

Ramuan botani utama: Akar Astragalus

Ramuan botani sekunder: Akar ginseng Siberia, Cendawan Reishi, Biji halba, Biji saderi.

Imun
Ramuan botani dalam Intra memperkukuhkan kemampuan semula jadi tubuh badan anda untuk melindungi dirinya.

Ramuan botani utama: Akar manis Likuoris, Akar Astragalus, Cendawan Reishi, Rose hip Cina, Thyme

Ramuan botani sekunder: Gel Aloe vera, Akar ginseng Siberia, Beri Schisandra, Akar Cikori

Saraf
Ramuan dalam Intra menyokong koordinasi otak anda, saraf tunjang, dan juga rangkaian urat saraf yang berjalin-jalin di seluruh tubuh badan anda.

Ramuan botani utama: Akar ginseng Siberia, Akar Astragalus, Bunga Markisah

Ramuan botani sekunder: Kamomil Jerman, Thyme

Reproduktif
Ramuan botani dalam Intra membantu mengimbangkan hormon, menuju ke arah sistem reproduktif yang sihat.

Ramuan botani utama:Pipsissewa

Ramuan botani sekunder: Biji halba, Halia

Kardiovaskular
Ramuan botani Intra menyokong sistem kardiovaskular yang sihat, termasuklah mengekalkan tahap kolesterol yang sihat.

Ramuan botani utama: Cendawan Reishi, Beras barli Cina

Ramuan botani sekunder: Akar Cikori, Alfalfa




Alfalfa
Berasal dari Timur Dekat dan kini boleh didapati di seluruh dunia. Alfalfa kaya dengan kandungan vitamin, mineral, flavonoid, asid amino, dan protein. Penggunaan bahagian-bahagian lebih tua pada tumbuhan oleh manusia adalah terhad. Ini disebabkan terutamanya oleh kandungan serat yang amat tinggi. Daun alfalfa nyahhidrat boleh didapati secara komersial sebagai diet tambahan.

Gel Aloe vera
Biasanya digunakan dalam industri makanan kesihatan dan kosmetik, gel Aloe vera mempunyai sejarah penggunaan yang panjang bagi mereka yang mencari ubat penyembuhan untuk luka bakar yang ringan, lelasan dan kerengsaan kulit yang lain. Diambil secara oral, Aloe vera telah digunakan untuk rawatan yang berjulat daripada batuk hinggalah kepada sembelit.

Akar Astragalus
Dalam perubatan herba barat, akar Astragalus dianggap sebagai tonik untuk mempertingkatkan metabolisme dan pencernaan, dan ia diambil sebagai minuman teh yang dibuat daripada akar tumbuhan tersebut. Secara tradisinya, ia digunakan untuk memperkuatkan sistem imun dan menyembuhkan luka dan kecederaan.

Debunga lebah
Pemakanan tambahan popular yang dianggap mampu membina sistem imun dan membekalkan tenaga untuk keseluruhan tubuh badan. Debunga lebah mengandungi protein, karbohidrat, asid lemak, mineral dan vitamin. Ia mempunyai kandungan B-kompleks dan vitamin A, C, D, dan E yang tinggi. Ia juga mengandungi lesitin, beta-karotena dan selenium. Kombinasi ini menjadikan debunga lebah suatu sumber antioksidan yang hebat.

Kapsikum
Kaya dengan vitamin, secara tradisinya ia digunakan untuk merangsang metabolisme; biasa digunakan untuk membantu memperbaik tindakan ramuan botani lain yang terdapat dalam formulasi.

Kulit kayu Kaskara
Dikenali sebagai “kulit kayu suci” oleh para penjelajah Sepanyol. Berasal dari pinggir laut Pasifik di Amerika Utara; dituai oleh penduduk asli Amerika yang awal, yang merasakan bahawa kulit kayu tersebut memiliki sifat-sifat penambah kekuatan.

Biji saderi
Berasal dari Eropah Selatan, ia dipercayai mampu meresapkan pengaruh yang menenangkan ke dalam sistem.

Akar Cikori
Berasal dari Eropah dan Asia, akar Cikori yang dipanggang telah digunakan sebagai ganti kepada kopi manakala daun yang telah lebam digunakan sebagai tuam untuk melegakan pembengkakan dan keradangan. Pada tahun 1970an telah didapati bahawa akar tersebut mengandungi sehingga 20% inulins. Sejak itu, strain baru telah dicipta, menghasilkan kandungan inulin yang terdapat dalam akar cikori setanding dengan bit gula.

Beras barli Cina
Terdapat di wilayah tropika di serata dunia, beras barli Cina mempunyai sejarah penggunaan yang menjangkau sehingga 2000 tahun. Ia memiliki kualiti yang menyerupai oriental ginseng. Dipercayai mampu menggalakkan pembuangan air kecil, menguatkan limpa, menyingkirkan nanah dan melegakan sakit reumatik.

Rose hip Cina
Berasal dari Cina dan Jepun, rose hip yang amat berharga ini kaya dengan bioflavinoid, asid tumbuhan dan nutrien. Rose hip kadangkala dimakan, terutamanya kerana kandungan vitamin C yang ada padanya. Ia biasanya diperah dan ditapis untuk menghasilkan sirap rose hip.

Akar Dandelion
Terkenal dengan akarnya yang kuat, akar Dandelion dipercayai mampu merangsang fungsi pencernaan. Dianggap oleh ramai orang sebagai tonik pembersih yang sangat baik untuk hati.

Biji halba
Boleh ditemui terutamanya di rantau Timur Tengah dan Mediterranean, biji Halba adalah satu daripada tumbuh-tumbuhan tradisional yang benar-benar purba dan mempunyai rekod penggunaan yang dikesan sejak Mesir purba. Penyelidikan moden telah menunjukkan bahawa biji Halba mampu menurunkan kolesterol serum, triglserida dan lipoprotein berketumpatan rendah dalam pesakit manusia dan model-model eksperimen hiperkolesterolemia.

Kamomil Jerman
Berasal dari Eropah, Kamomil Jerman dikenali dengan sifat-sifatnya yang lembut. Ramuan botani ini telah digunakan secara perubatan untuk perut yang sakit, usus yang merengsa dan juga sebagai bantuan tidur yang lembut. Ia boleh diminum sebagai teh herba. Ia juga digunakan sebagai ubat pencuci mulut bagi melawan mukositis oral.

Halia
Berasal dari Asia Selatan dan ditanam dalam kawasan tropika di seluruh dunia. Penyelidikan moden telah menunjukkan bahawa Halia mengandungi banyak antioksidan, dan didapati ia adalah rawatan berkesan untuk loya yang disebabkan oleh mabuk perjalanan.

Beri Juniper
Berasal dari Eropah Timur, sesetengah spesimen Juniper usianya melebihi 1000 tahun. Kon beri yang aromatik dan mengandungi resin ini mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat awal Eropah yang mempercayai "kuasa kehidupan" Juniper. Minyak Juniper diberi sebagai bahan diuretik dan digunakan sebagai bantuan untuk ketakcernaan, kembung, dan penyakit-penyakit yang melanda buah pinggang dan pundi kencing.

Akar manis Likuoris
Sejak zaman dahulu kala, akar manis Likuoris dalam bentuk serbuk telah digunakan sebagai ekspektoran yang berkesan dan juga dalam serbuk gigi. Ubat batuk moden sering kali mengandungi ekstrak likuoris sebagai ramuan. Di samping itu, likuoris telah digunakan dalam rawatan ulser peptik dan oral. Likuoris juga adalah julap yang tidak kuat.

Bunga Markisah

Berasal dari bahagian selatan Amerika Syarikat di mana ia mempunyai nilai yang tinggi dalam sediaan tradisional oleh masyarakat Cherokee. Penyelidikan terbaru telah menunjukkan bahawa flavonoid dalam bunga Markisah adalah komponen utama yang bertanggungjawab terhadap kesan tenang dan antiresah yang dimilikinya.

Pipsissewa

Berasal dari Amerika Utara, Pipsissewa telah digunakan dengan meluas oleh orang asli jati Amerika Utara untuk ubat tradisional.

Cendawan Reishi
Digunakan sebagai tonik, cendawan Reishi dipercayai mampu mengurangkan tahap gula darah dan kolesterol, mengawal batuk dan merangsang sistem imun. Dipercayai mampu memperbaik fungsi jantung dan hati, dan memiliki sifat-sifat antialergi, antivirus dan antibakteria. Tidak hairanlah jika ia dipanggil air maulhayat, khas untuk Maharaja-maharaja Cina.

Sarsaparila
Berasal dari kawasan tropika Amerika dan Hindia Barat. Masyhur sejak dahulu kala sebagai ubat tradisional dan kini ia digunakan dalam banyak produk makanan.

Beri Schisandra
Berasal dari negara-negara Asia, beri Schisandra juga dikenali sebagai buah “lima rasa” kerana ia biasanya mempunyai rasa masam, manis, pahit, hangat, dan masin, justeru itu namanya “lima rasa.” Penyelidikan kontemporari telah menumpukan kepada ciri-ciri antioksidannya yang kuat dan juga kepada potensi faedah pelindung hati.

Akar ginseng Siberia
Satu daripada ramuan botani yang paling banyak catatannya, ginseng Siberia lebih dikenali kerana kemampuannya mengekalkan kesihatan yang baik berbanding dengan kemampuannya untuk merawat kesihatan yang merosot ataupun penyakit. Penyelidikan menunjukkan bahawa ia merangsang ketahanan terhadap tekanan, dan ia kini digunakan dengan meluas sebagai tonik.

Thyme
Berasal dari rantau Mediterranean, kini ia ditanam di serata dunia kerana sifat-sifat uniknya. Dipercayai memiliki sifat antiseptik, antispasmodik, tonik dan pencernaan.




Bina dan imbangkan lapan sistem badan anda dengan Intra

Pencernaan & Tenaga
Ramuan botani dalam Intra membantu anda mencerna makanan dengan lebih baik, agar tubuh badan anda mampu menggunakan nutrien dengan lebih berkesan untuk membina dan menyuburkan sel sambil membekalkan tenaga yang anda perlukan untuk menjalani kehidupan yang lebih bertenaga.

Ramuan botani utama: Gel Aloe vera, Akar ginseng Siberia, Akar manis Likuoris, Beras barli Cina, Akar Cikori, Akar Dandelion, Kamomil Jerman, Alfalfa, Biji Halba, Debunga lebah, Halia

Ramuan botani sekunder: Rose hip Cina, Beri Juniper

Penyingkiran / Antioksidan
Ramuan dalam Intra membantu menyingkirkan, daripada tubuh badan anda, bahan buangan yang terhasil daripada proses pencernaan dan melalui metabolisme normal. Ia membantu tubuh badan anda menyingkirkan lebih banyak lagi toksin yang telah memasuki badan melalui makanan, minuman dan persekitaran kita, sambil meneutralkan radikal bebas dengan antioksidan.

Ramuan botani utama: Gel Aloe vera, Beras barli Cina, Beri Schisandra, Akar Cikori, Akar Dandelion, Kulit kayu Kaskara, Beri Juniper, Biji saderi

Ramuan botani sekunder: Akar Astragalus, Rose hip Cina, Sarsaparila

Struktur (Rangka Otot)
Ramuan dalam Intra membantu mengekalkan kesihatan tulang, otot, sendi, dan tisu perantara anda; melindungi organ sensitif dalam badan anda, membolehkan anda berdiri tegak dan bergerak bebas.

Ramuan botani utama: Halia, Sarsaparila, Kapsikum

Ramuan botani sekunder: tiada

Hormon (Endokrin)
Ramuan dalam Intra memiliki keupayaan untuk memodulasi fungsi kelenjar yang merembes bahan-bahan kimia, yang akhirnya mengawal dan membantu mengimbangkan setiap sistem dalam tubuh badan kita.

Ramuan botani utama: Akar Astragalus

Ramuan botani sekunder: Akar ginseng Siberia, Cendawan Reishi, Biji halba, Biji saderi

Imun
Ramuan botani dalam Intra memperkukuhkan kemampuan semula jadi tubuh badan anda untuk melindungi dirinya.

Ramuan botani utama: Akar manis Likuoris, Akar Astragalus, Cendawan Reishi, Rose hip Cina, Thyme

Ramuan botani sekunder: Gel Aloe vera, Akar ginseng Siberia, Beri Schisandra, Akar Cikori

Saraf
Ramuan dalam Intra menyokong koordinasi otak anda, saraf tunjang, dan juga rangkaian urat saraf yang berjalin-jalin di seluruh tubuh badan anda.

Ramuan botani utama: Akar ginseng Siberia, Akar Astragalus, Bunga Markisah

Ramuan botani sekunder: Kamomil Jerman, Thyme


Reproduktif
Ramuan botani dalam Intra membantu mengimbangkan hormon, menuju ke arah sistem reproduktif yang sihat.

Ramuan botani utama:Pipsissewa

Ramuan botani sekunder: Biji halba, Halia

Kardiovaskular
Ramuan botani Intra menyokong sistem kardiovaskular yang sihat, termasuklah mengekalkan tahap kolesterol yang sihat.

Ramuan botani utama: Cendawan Reishi, Beras barli Cina

Ramuan botani sekunder: Akar Cikori, Alfalfa










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS