Projek Tanaman Pisang
Sesungguhnya
SEJARAH PISANG
Pisang dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Ianya dikenali di negara-negara tropika seantero dunia akibat dari perkembangan aktiviti perdagangan. Pisang mula diperkenalkan oleh saudagar-saudagar Arab di Afrika Timur. Pada tahun 1402, ianya telah dibawa ke Kepulauan Canary oleh orang-orang Portugis. Manakala bangsa Sepanyol memperkenalkan pisang ke
NAMA DAN JENIS-JENIS PISANG
Antara jenis-jenis pisang yang terdapat di tanahair kita adalah seperti:
Pisang Embun
Pisang ini juga dikenali sebagai pisang Bunga. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang dikupas. Satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 7 hingga 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter . Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter .
Pisang Emas
Saiz buah pisang ini adalah kecil tetapi rasanya lazat berbanding dengan pisang jenis lain. Apabila ianya ranum, buah serta isinya berwarna kuning keemasan . Buah pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman. Setiap tandan mempunyai berat antara 7 hingga 9 kilogram, 6 hingga 7 sikat dengan bilangan 100 hingga 150 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini bersaiz 9.0 saentimeter dan lebarnya ialah 3.5 sentimeter. Pokok pisang Emas adalah kecil sahaja.
Pisang Rastali
Buah pisang ini bersaiz sederhana. Kulitnya berwarna kuning dan agak kasar. Terdapat bintik-bintik hitam dan coklat di atas permukaan kulitnya serta ianya mudah dikupas. Isinya pula berwarna putih atau krim pucat. Setiap tandan mempunyai berat kira-kira 10 kilogram, 7 hingga 8 sikat dengan bilangan 90 hingga 100 biji buah pisang . Manakala setiap sikat mengandungi 10 hingga 14 biji buah pisang. Panjang buah pisang Rastali ialah kira-kira 12.0 sentimeter dan lebarnya berukuran 3.7 sentimeter.
Terdapat pelbagai jenis pisang yang tumbuh subur di negara kita selain dari tiga jenis pisang yang telah diterangkan. Ianya adalah seperti pisang Berangan, pisang Masak Hijau, pisang Nipah, pisang Raja, pisang Tanduk, pisang Awak dan tidak ketinggalan juga pisang Raja Udang yang dipercayai tidak boleh dimakan. Satu lagi jenis pisang yang kurang dikenali ramai iaitu pisang Kaki. Pisang ini unik kerana bentuknya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buahnya berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea.
CIRI-CIRI DAN SIFAT PISANG
Pisang adalah buah klimak terik kerana sifat peningkatan kadar respirasi ketara ynag sejajar dengan berlakunya peranuman. Manakala morfologi pokoknya pula tergolong dalam jenis tumbuhan herba kerana sifat tumbuhnya yang cepat dari batang palsu (pseudostem), iaitu tangaki daun yang tersusun seperti gelang sepusat dan muncul daripada umbisi atau batang utama. Manakala pengkelasan pisang bergantung kepada kultivarnya iaitu saiz, bentuk, warna kulit, tekstur dan citarasa pisang.
CARA PENANAMAN PISANG
Pokok pisang mudah ditanam dan berbuah sepanjang tahun. Ianya tidak memerlukan penjagaan rapi tetapi hanya berbuah sekali sahaja sepanjang tempoh hayatnya. Walaubagaimanapun, untuk tujuan penanaman secara besar-besaran dan bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, kaedah-kaedah tertentu mestilah diikuti. Sebagi langkah permulaan, kawasan penanaman pokok pisang mestilah dibersihkan terlebih dahulu. Setelah itu, anak-anak pisang sudah sedia ditanam dengan jarak kira-kira 3 hingga 4 meter antara satu dengan yang lain. Namun begitu, jarak penanaman adalah bergantung kepada jenis pisang. Sedikit bahan organik diisikan ke dalam lubang sebelum anak-anak pisang ditanam. Bahan organik tersebut boleh dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain seperti kapur mengikut keperluan .
PENUAIAN DAN PERANUMAN PISANG
Buah pisang sedia dituai selepas ditanam kira-kira dua setengah hingga
Untuk jumlah yang sedikit, memadailah dengan hanya membalut pisang dengan kain atau guni jerami. Ia bertujuan supaya suhu yang terperangkap membolehkan pisang masak dengan baik. Manakala kebanyakan peruncit tempatan meletakkan kalsium karbida ke dalam kelompok pisang yang hendak diranumkan.Jika hendak memastikan pisang masak pada waktu yang dikehendaki, caranya ialah dengan mengawal peranumannya. Ia dilakukan dengan mengubahsuaikan atmosfera sekeliling berserta penyimpanan pada suhu rendah, 14 C. Kaedah peranuman jenis ini dilalukan ke atas pisang-pisang yang hendak dieksport.
BINATANG PEROSAK DAN PENYAKIT POKOK PISANG
Binatang perosak yang seringkali menyerang pokok pisang ialah bubuk atau kumbang. Masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan racun serangga seperti dieldrin. Manakala penyakit yang boleh memusnahkan pokok pisang ialah Anthracnose. Gejala ini berlaku apabila bintik-bintik telah muncul dan menyerang buah pisang yang sedang dalam penghantaran dengan menggunakan kapal.
KEGUNAAN PISANG
Sejak turun temurun lagi, pisang telah digunakan oleh nenek moyang kita dalam kehidupan seharian mereka. Kegunaan pisang adalah pelbagai, ia meliputi akarnya, batangnya, daunnya, buahnya mahupun jantung pisang. Pada hari ini, kegunaan pisang adalah lebih meluas lagi . Ia bukan setakat sumber makanan, malah diusahakan dengan menggunakan teknologi moden sehingga mampu mendatangkan pulangan yang lumayan.
Antara kegunaan pisang adalah seperti berikut:
Sumber Makanan
Kegunaan pisang sebagai sumber makanan boleh dikategorikan kepada dua; pisang untuk dimakan segar atau mentah (dessert banana).Nama botani bagi pisang ini ialah Musa acuminata.Antara kultivar yang tergolong di dalamnyaialah pisang Emas, pisang Rastali dan pisang Berangan.
Manakala pisang yang dimakan selepas dimasak atau diproses (cooking banana) dikenali dengan nama botani sebagai Musa Paradisiaca dan antara kulvitar yang popular dalam jenis ini ialah pisang Awak, pisang Nangka, pisang Tanduk, pisang Raja dan pisang Nipah.
Oleh itu, pisang menjadi buah yang bersifat pelbagai. Selain dimakan segar ia juga dijadikan campuran kepada koktel buah, salad buah-buahan , campuran kepada yogurt, puding aiskrim malah inti untuk pai dan tat. Manakala jantung
pisang pula boleh dijadikan ulam yang boleh dimakan bersama sambal mahupun aneka kuah. Bukan setakat ini sahaja, malah umbut pisang iaitu bahagian yang lembut di tengah-tengah batang pisang juga boleh dijadikan berbagai hidangan yang lazat.
Pisang boleh juga dinikmati dengan pelbagai cara seperti digoreng untuk dijadikan kerepek, digoreng dengan bersadur tepung, direbus, dibuat pengat ataupun disalai mahupun disajikan dalam pelbagai bentuk jenis kuih atau kek. Untuk tujuan pasaran komersial, pengeluaran pisang telah diperluaskan seperti diproses menjadi sebahagian makanan bijirin, tepung dan digunakan untuk kepelbagaian formulasi makanan.
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) adalah antara agensi yang terlibat di dalam pengusahaan pisang secara besar-besaran. Agensi ini juga telah menjalankan kajian tentang pemprosesan tepung pisang, pure pisang, minuman, cuka pisang, kepingan pisang sebagai bahan pencampur di dalam pembuatan ais krim dan kek. Menurut agensi ini, untuk membuat kerepek, pisang Tanduk adalah yang paling terbaik di samping menggunakan pisang Nangka dan pisang Berangan. Tepung pisang pula diproses dari menggunakan pisang Emas selain dari pisang Nangka, pisang Berangan, pisang Rastali dan juga pisang Embun. Bagaimanapun, rasa pisang Nangka yang agak masam sesuai juga kalau dicampurkan di dalam rumusan makanan bayi.
Adat Istiadat
Di kalangan masyarakat
Dalam majlis perkahwinan orang Melayu di Negeri Sembilan pula, daun pisang dan batang pisang digunakan sebagai pengalas dan penutup lapisan pulut kuning serta wajik sebelum dicacakkan batang pisang bagi mencucuk bunga telur nasi pancak yang bakal dibawa ke rumah pengantin lelaki.
Daun pisang juga sering digunakan sebagai pembungkus pulut membalas pemberian beras yang dibawa oleh para tetamu di dalam bakul sia. Batang pisang yang tegak berdiri lazimnya digunakan bagi mencucuk bunga telur di luar rumah untuk diberikan kepada tetamu tatkala hendak pulang. Selain itu, batang pisang juga memang telah lama dikenali sebagai penegak sirih junjung tradisional dalam majlis pertunangan dan menghantar belanja.
Di kalangan masyarakat Melayu pula, terdapat nasi kunyit atau disebut juga sebagai pulut kuning. Mengikut setengah-setengah tempat, ia biasanya dibahagi-bahagikan kepada para jiran sebagai tanda kesyukuran jika sesuatu niat itu dimakbulkan oleh Tuhan. Nasi atau pulut ini sering dihiasi dengan pelapik daun pisang yang digunting zig zag sama ada sebagai pengalas pulut ataupun lauk pauk seperti rendang, kari kering, timun, telur dadar, udang goreng dan sebagainya.
Mayarakat berketurunan Jawa juga sering mengadakan kenduri kematian, perkahwinan, pertunangan, cukur jambul, berkhatan dan berlenggang perut dengan menyediakan hidangan nasi ambang yang diisi di dalam dulang besar beralaskan daun pisang yang dinamakan 'sanggir'.
Perubatan
Getah pisang didapati mustajab untuk menyembuhkan luka. Caranya ialah dengan menyapukan getah pisang pada luka. Hasilnya, darah berhenti mengalir dan luka segera sembuh. Di samping itu juga, ia boleh digunakan sebagai penawar mengubati bisa akibat dipatuk ular atau disengat kala jengking.
Selain itu, bunga pisang boleh direbus dan airnya diminum bagi mengubati penyakit kencing manis. Kulit pisang boleh digunakan untuk merawat kudis. Caranya ialah dengan menggosokkan kulit pisang pada kudis, dua atau tiga kali sehari sehingga kudis sembuh.
Buah pisang pula boleh menjadi penyembuh kepada masalah sembelit. Caranya ialah dengan mengisar halus dua biji pisang bersama dua gelas air. Kemudian sejukkan jus tersebut di dalam peti ais selama setengah jam dan amalkan meminumnya sebanyak dua kali sehari. Jus pisang ini boleh melegakan penyakit ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.
Di samping itu juga, menurut perubatan Cina, pisang Kaki dipercayai amat berkesan untuk meredakan demam. Serbuk putih yang terdapat di permukaan buahnya baik untuk paru-paru dan jantung. Pisang jenis ini juga dipercayai berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkatkan pengaliran darah dalam pembuluh darah koronari, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.
Kegunaan Harian
Sejak dahulu lagi masyarakat
Nasi lemak,pulut inti, pulut panggang, kuih koci, kuih lapis, lemang, lontong, lepat, nagasari, puteri dua sebilik, abuk-abuk sagu, tepung peklita, tapai, dan berbagai lagi kuih tradisional menggunakan daun pisang sebagai pembungkusnya. Bentuk-bentuk pembungkusnya pula mepunyai ciri-ciri keindahan yang tersendiri seperti panjang, tiga segi, bentuk sampul
Selain dari itu juga, daun pisang digunakan sebagai penutup hidangan untuk dihantar ke rumah jiran di kampung-kampung ketika bulan puasa dan sebagainya. Daun pisang juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ianya dapat mengantikan minyak masak semasa memanggang ikan agar ikan tidak melekat.
Masyarakat Melayu di Johor pula menggunakan daun pisang sebagai bahan mencuci usus ayam setelah dibelah. Kemudian bilah buluh runcing dijolok bersama daun pisang ke dalamnya untuk mengeluarkan kekotoran. Menurut orang-orang tua daun pisang digunakan bagi menghilangkan bau hamis usus ayam di samping dapat membersihkannya. Usus yang sedia dibelah dua diramas dengan daun pisang bercampur dengan sedikit air sehingga semua kekotoran keluar kemudian barulah dibilas beberapa kali hingga ianya betul-betul bersih.
Satu ketika dahulu, batang pisang telah digunakan sebagai tempat mengalas kepala mayat sewaktu memandikannya di Sarawak dan di beberapa tempat di Semenanjung
Antara bahagian pokok pisang yang sering digunakan dalam kehidupan seharian ialah pelepah pisang.
Kraftangan
Di kalangan masyarakat Melayu lama di Pantai Timur telah lama menggunakan tali pisang dalam proses mencelup benang losing bagi menenun kain cindai atau kain ikat. Tali pisang yang dibuat dari batang pisang 'gala' yang kuat, kukuh dan tidak rapuh telah digunakan bagi mengikat benang losing tersebut. Daun pisang yang telah kekuningan atau kering pula digunakan sebagai pembalut sebelum diikat dan dicelup.
Manakala di Sarawak pula, satu usaha telah dibuat bagi menghidupkan kembali seni kraftangan yang dibuat dari pelepah pisang.
Kecantikan
Air dari batang pisang dikatakan berkhasiat bagi melebatkan rambut, caranya mudah sekali hanya perlu membuat lubang pada batang pisang kemudian ditutup dengan plastik dan dibiarkan semalaman hingga air bertakung didalamnya lalu disapukan ke kulit kepala.
Manakala kulit pisang Emas pula digosokkan pada kulit untuk mendapatkan wajah yang harus dan licin.
Kegunaan pokok pisang adalah tidak terbatas, antara lain ialah dalam;
Kepercayaan Spiritual
Di dalam kepercayaan masyarakat Melayu, kononnya seseorang yang ingin memperolehi kekuasaan seperti 'Orang Minyak' dikehendaki betapa di bawah pokok pisang bagi tempoh yang tertentu dan meminum air dari pokok pisang.
Pembiakan Kupu-kupu
Sebenarnya, kaedah ini telah dipelopori oleh sebuah zoo di
PENUTUP
Populasi rakyat yang meningkat dari tahun ke setahun telah mendorong kerajaan untuk mengimport bahan-bahan keperluan dari luar. Ini termasuklah bahan makanan seperti buah-buahan. Pengimportan bahan-bahan ini semakin bertambah lantaran kedudukan ekonomi
0 Response to "Projek Tanaman Pisang"
Catat Ulasan